Thursday, April 10, 2014

Buah Melaka_onde-onde_kekoh chaaa

Last time dah pernah buat onde-onde ni tp versi labu mcm ni http://cuba-rasa.blogspot.com/2013/04/onde-onde-buah-melaka-labu.html. Now onde-onde biasa, yg color hujau tuu

Bahan-bahan
1/2 paket tepung pulut (1/4 kg)
Gula melaka (nnisan)
Air
pewarna hijau
1/2 biji kelapa parut yg digaul dgn garam

Cara-cara

1. Ulikan tepung pulut, air dan pewarna hijau. Sukatan air bergantung kepada keadaan adunan. sekiranya agak keras or masih ad tepunynya...makna kna tambah air tp klo terlebih air tambahkan sedikit tepung.

Uli sehingga jd cm ni

2. Ketepikan, potong gula melaka kecil2.
3. Bulatkan adunan sebesar duit 20 sen, tekan ditengah dan letakkan gula melaka.
4. Tutup dan bentukkn bulat yg cantik.
5. Sementara itupnskan air 1/2 periuk.


6. Masukkn onde-onde yang telah siap. Sekiranya onde-onde itu timbul bermakna ia sudah masak


7. Gaulkan ke dalam kelapa.


8. Sedia untuk di makan.



Thursday, March 27, 2014

Mee kari


Bahan bahan:

1/4 ekor ayam - di potong kecil
udang
3 sudu rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
1 kotak santan/1 bji kelapa
3 cawan stok udang
1/2 kg isi kerang atau lebih
sedikit minyak masak
fishcake- hiris nipis
fish ball- belah 2
tauhu kering - digoreng & hiris nipis
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya


Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
24 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu serbuk cili (boleh juga guna cili kisar)
1 btg serai

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Utk Mee dan Hiasan
1 bungkus mee kuning- celur dan toskan
2 biji telur - direbus & belah dua
limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - dicelur dan tos
Bawang goreng

Cara-cara
1. Buat stok udang - buang kulit & kepala, asingkan isi.Rebus kulit & kepala seketika. Kisar dan ambik airnya.



2. Tumiskan bahan tumis dan masukkan bahan kisar sehingga naik bau.


3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh. Kacau sehingga naik bau.


4.  Masukkan ayam, masak hingga empuk.



5. Masukkan 1 cawan air dan biar mendidih.

6. Masukkan masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.


7. Masukkan ubi kentang yg telah ditumbuk.

8. Masukkan udang dan sesuaikan rasa dan kepekatan.


9. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, March 24, 2014

Cantonese Kuey Teow


Bahan-bahan:
segenggam kuey teow @ nak lebih pun boleh  (cuci - tos - gaul dgn sedikit kicap pekat )
2 ulas bawang putih - diketuk
isi ayam - dihiris nipis 
 udang
sawi 
keping fish cake
minyak masak secukup kegunaan
serbuk pati ayam 
sos tiram
kicap cair ( secukup kegunaan )
kicap pekat 2 @ 3 titik ( utk bg warna gelap )
minyak bijan
air secukupnya utk dijadikan kuah
sedikit bancuhan tepung jagung ( tepung jagung + air )
sebiji telur ( dipukul sikit )


Cara-cara:
1. Goreng kuey teow seketika menggunakan non stick pan, angkat & ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan hirisan daging ayam.
3. Masukkan udang, sawi & fish cake - gaul rata.
4. Masukkanair dan perasakan secukupnya 
5. Masukkan serbuk pati ayam, sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Biarkan mendidih.
6. pekatkan kuah dgn bancuhan tepung jagung.
7. Masukkan minyak bijan, gaul sebati dan matikan api.

Saturday, February 22, 2014

Cheezy Wedges





Bahan-bahan  ( Sos Cheese)

1/2 buku butter
500 ML susu segar (yg dalam kotak)
2 Biji Kiub Ayam 
Sedikit serubuk lada sulah
Sedikit tepung gandum(bancuh dgn air)

10-12 keping cheese
sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan (Kentang)

5 Biji Kentang Putih
1 Biji Telur
Tepung beras
garam
rempah kari



Cara-cara
1. Pansakan butter
2. Masukkan susu & masak sampai hampir mendididh (panas jer) dgn api yg kecil.
3. Masukkan kiub ayam & lada sulah, kacau sehingga kiub ayam larut.
4. Masukkan cheese & pewarna kuning.
5. Kacau sehingga cheese hancur.
6. Masukkan sedikit tepung, ikut kepekatan yg disukai. Kacau dan ketepikan.
7.       Potong kentang ikot saiz yang dikehendaki
8.       Rebus kentang separuh masak dan toskan
9. Pecahkan telur dalam bekas kentang td dan kacau hingga semua kentang bersalut telur.
10. Masukkan tepung (tepung+garam+rempah kari) dlm 1 bekas dan gaulkan kentang.
11Goreng hingga masak.

Dimakan bersama mayonis, sos cili dan sos cheese.....SELAMAT MENCUBA

Thursday, February 20, 2014

Rendang Ayam

Bahan-bahan
1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
1/2 cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
sedikit gula dan garam
5 biji b/merah (dukisar)
2 ulas b/putih (dikisar)
3 btg serai (diketuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1/2 inci lengkuas (diketuk)
2 sudu makan cili kisar
6 bji cili padi dikisar


Cara-cara
1.       Tumiskan kunyit, bawang merah, bawang putih, cili padi,halia,halia, lengkuas dan cili kering kisar.
2.       Masukkan ayam dan gaul.
3.       Masukkan air dan kacau.
4.       Masukkan serai, garam dan gula. Masukkan kerisik.
5.       Masukkan santan. Bila kering, masukkna daun kunyit
6.       Setekah kuah pekat, tutup api.

Tuesday, February 18, 2014

Ais kream home made

seriuslly.....senang sgt2 nk wat ais krem ni....terutama ad ank2 kecil...boleh try. bahan die pn senang je...

Bahan yg perlu

 tin susu cair 
1/5 tin susu pekat (ikot kemanisan masing)
1 bj telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelatte
perisa yg dikehendaki

Cara nak sediakan

1. Masukkan semua bahan kecuali perisa
2. Mix bahan tadi selama 15 - 20 mnt. Saya guna stand mix tu je....hehehe,lenguh la jgk
3. Bahagikan ikut berapa perisa yg hendak dibuat. ( Ieda wat prisa durian n chipsmore)

Untuk perisa coklat chipsmore ni, masukkan 2 sudu makan milo + 5 keping chipsmore (yg dh dihancurkan). Letak 2 keping sebagai hiasan di atas


Bagi perisa durian, x de pic..hehehe. Tp sama je caranya, masukkan isi durian, Tp cmpuran ni kena mix dgn mixer spaya isi durian x berketul-ketul

OK...SELAMAT MENCUBA!!!!


Saturday, July 6, 2013

Apam balik@senangsedap

Ni boleh dikatakan fvrt aku gak tp aku x ska beli kat pasar malam tu. Aku ska wat sendiri...lg pn nk wat tu senang je...

Bahan-bahan

1. 1 cawan tepung gandum
2. 1/4 cawan gula
3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 1 sudu teh ibu roti
5. Sedikit warna kuning
6. 1 biji telur
7. 1 1/2 cawan air
8. Sedikit mentega
9. Bahan tabur : kacang tanah kisar, jagung tin, gula kasar dan mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan 1 - 7 dalam blender dan blend.
2. Panaskan kuali non-stick, aliskan sedikit mentega.
3. Masukkan 1 senduk adunan dan ratakan. Jgan terlalu nipis atau terlalu tebal.
4. Taburkan bahan tabur.
5. Lipatkan 2 dan angkat.
6. Aliskan mentega atas apam balik yg telah siap.
7. Ulang sehingga adunan habis.
8. Potong dan sedia dihidangkan.