Bahan-bahan:
1 cawan daging/ayam cincang
2 biji ubi kentang dipotong dadu
2 sudu makan rempah kari dibancuh sedikit air
1 sudu makan serbuk cili dibancuh sedikit air
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji telur garam dan gula secukupnya
daun sup/bawang
minyak masak
Cara-cara:
1. Tumiskan bawang hingga naik bau
2. masukkan sebatian rempah kari dan serbuk cili hingga terbit minyak
3. Masukkan ayam/daging cincang dan kentang, masak hingga empuk
4. Masukkan air jika perlu
5. Masukkan garam dan gula
6. Masukkan daun sup/bawang
7. Masak hingga hampir kering dan ketepikan
8. Dalam bekas, pukul telur dan masukkan inti
9. Ambil kulit popia, letak inti ditengah-tengah, lipat bawah, kiri kanan dan atas menjadi segiempat kecil
10. Gamkan guna bancuhan tepung dgn sedikit air
11. Buat hingga habis
12. Goreng dgn sedikit mimyak hingga kekuningan
13. Siap, boleh dihidangkan dgn pencicah cuka bawang atau kari
No comments:
Post a Comment