Saturday, July 6, 2013

Apam balik@senangsedap

Ni boleh dikatakan fvrt aku gak tp aku x ska beli kat pasar malam tu. Aku ska wat sendiri...lg pn nk wat tu senang je...

Bahan-bahan

1. 1 cawan tepung gandum
2. 1/4 cawan gula
3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 1 sudu teh ibu roti
5. Sedikit warna kuning
6. 1 biji telur
7. 1 1/2 cawan air
8. Sedikit mentega
9. Bahan tabur : kacang tanah kisar, jagung tin, gula kasar dan mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan 1 - 7 dalam blender dan blend.
2. Panaskan kuali non-stick, aliskan sedikit mentega.
3. Masukkan 1 senduk adunan dan ratakan. Jgan terlalu nipis atau terlalu tebal.
4. Taburkan bahan tabur.
5. Lipatkan 2 dan angkat.
6. Aliskan mentega atas apam balik yg telah siap.
7. Ulang sehingga adunan habis.
8. Potong dan sedia dihidangkan. 

Saturday, June 22, 2013

Kuih Gulung a.k.a Ketayap

Minggu ni mood rajin skit..de je nk try kuih. Hehehe...ari ni wat kuih ketayap. Sebab x de warna hijau, wat la warna kuning.hehehe...

Bahan utk Inti

1. 1/2 biji kelapa parut
2. 1 keping gula melaka - ikut keperluan
3. Sedikit garam
4. 1/4 air
5. Daun pandan

Cara buat inti

1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
2. Gaul hingga sebati.
3. Masak hingga kering.


Bahan utk kulit

1. 1 cawan tepung gandum
2.  1 biji telur
3. 1 1/2 cawan santan
4. Sedikit garam
5. 2 sudu minyak masak
6. Pewarna kuning ( asal warna hijau)

Cara buat kulit

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend.
2. Panaskan kuali non-stick.
3. Masukkan 1 senduk adunan ke atas kuali dan gerakkan supaya adunan sekata dan nipis.


4. Bila warna kuning dh bertkar sdkt warnanya, angkat dan ketepikan.
5. Ulang sehingga adunan habis.
6. Sementara itu, boleh menggulung. Letakkan permukaan licin di atas, letak inti ditengah-tengah bahagian hujung. Gulung sekali dan lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung lagi.


Sedia dihidangkan...sepatutnya yg sebelah kiri tu ke..hehehe. Yg kanan tu terbalik plak..


Saturday, May 11, 2013

Ketupat Sotong

Ketupat sotong ni feveret mak aku...actually ni first time buat. x reti...waaa

Jom kita tengok bahan yg diperlukan.

1. Sotong sederhana besar - ikot la, nak makan bnyak wat banyk. Aku wat 5 ekor je, sbb aku x makn. Tuk mak n en mantol je. En mantol x kenal rupanya...huhuhu


2. Beras pulut secukupnya.

3. Santan 1 kotak, boleh je guna santan fresh tu.


4. Gula kasar secukupnya. Sesetengah org suka letak gula melaka, so trpulang la ye.

5. Garam

6. Lidi

Sekarang kita tengok cara nak buat plak k..

1. Basuh sotong dan keterikan. Buangkan sekali die punye kulit sbb nanti warna kuah akan jd purple. Tp klu cam tu boleh je.

2. Basuh pulut dan rendam dengan 1/2 kotak santan selama 1 jam.

3. Bila beras pulut dah kembang, masukkan ke dalam sotong. Separuh je tau...sbb beras pulut akan kembang nnti.

4. Masukkan santan sedikit dalam sotong. Cantumkan balik badan dan kepala sotong. Cucuk dengn lidi supaya tak tercabut.

5. Ulang sehinggan habis sotong.

6. Masukkan ke dalam periuk. Tuang lebihan santan ke dalam periuk.

7. Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan sedikit garam.


8. Balik-balikkan supaya pulut masak sekata.

9. Masak sehingga santan agak2 kering. Sedia di makan....


Thursday, April 18, 2013

Murtabak Meggi

Petang semalam en mantol dtg ambk aku keje...kebetulan die halfday je semalam...uruskan pasal keta die. Hehehe..actually aku nk singgah EXIS jap..nk beli makanan miniey. Terlanjur tu, aku masuk la EON BIG skali. Cam lawak lak...ambik meggi 1 paket, telur 10 biji, ubt gigi n sabun mandi. Klu sebelum ni kuar ngan en mantol mau nak penuh 1 bakul/troli...huhuhu

Aku beli meggi ni sbb nk wat murtabak meggi...mlm tu time tengok citer Sedetik Cinta tu..tengok la resepi kat google...mana tau leh try cara baru...hehehe tp sama jeee

JOM MASUK DAPUR!!!!


Bahan-bahan

A
Ayam dipotong dadu
Lobak merah dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
Bawang merah dipotong dadu
Bawang putih dipotong dadu
Lada besar dipotong kecil

1.Tumiskan bahan A dan masukkan ayam
2. Ketepikan

B
1 bungkus meggi kari

1. Rendam mee meggi sampai kembang dan toskan.
2. Ketepikan

C
2 biji telur
2 helai daun sup

1. Gaulkan mee meggi dgn bahan yg ditumis dan perencah meggi
2. Masukkan telur dan gaulkan hingga rata
3. Panaskan minyak dan masukkan meggi
4. Sedia dihidangkan

Tips...sila guna kuali yg x melekat utk hasil yg memuaskan
 

Wednesday, April 17, 2013

Onde-Onde (buah melaka) Labu

Balik keje semalm...singgah kat gerai m.cik jual kueh...niat nk beli pisang goreng tp x de...nmpak la buah melaka....beli la1 paket rm1=7 biji...Balik umah ckp kat mak...mlm ni kita wat onde-onde labu ye mak...hehehe

Bahan-Bahan
Buah labu
Tepung Pulut
Kapur makan
Kelapa parut
Gula melaka

Cara-Caranya

A
Rebus labu hingga empuk dan toskan.
Lenyetkan labu
Masukkan tepung pulut
Masukkan sedikit kapur
Gaul hingga menjadi doh

B
Bentukkan menjdi bulat kecik
Letakkan gula melaka di tengah2
Rebuskan dan yang timbul tu bermakna dah masak
Angkat dan toskan

C
Gaulkan kepala dgn sedikit garam

D
Gaulkan onde-onde yg siap dimasak dgn kepala
Sedia dihidangkan

*sye guna kelapa kering. kukus kpla tersebut terlebih dahulu sebelum digaul dgn garam



Wednesday, April 10, 2013

Pecal Lele Keli....home made

Last week trngin sgt nk try wat pecal lele keli sendiri sbb en mantol sye ska makan pecal lele tu...Klu g pasar malam kat Pandan Jaya (selasa) mesti beli...die ckp sambal m.cik tu sdp..kena blaja ni...

Bukan maen semangat aku siap beli lesung batu tau semata-mata nk mask ni....

 A

Bahan-bahan:

3 ekor ikan keli
2 keping tauhu
1 keping tempe
Kangkung
Daun Salad
Kacang Panjang
Tomato
Timun

Cara penyediaan

1. Basuh ikan keli dgn tepung gandum dan limau nipis. Toskan
2. Potong tauhu menjadi segi 3
3. Potong tempe menjadi segi 4
4. Gaul ikan keli, tauhu dan tempe dgn kunyit dan garam
5. Goreng hingga garing
6. Hias dgn kangkung celur, salad, kacang panjang, tomato dan timun


B

Bahan-bahan:
  5 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
belacan
garam
gula

Cara penyediaan

1. Potong dadu clili besar, cili padi, b.besar, b.putih dan tomato
2. Goreng semua 1 dan belacan
3. Tumbuk semua 2 dan tambah garam serta gula secukup rasa


C - Masak nasi putih

D - Masak sup kosong

SELAMAT MENCUBA!!!