Bahan-bahan:
1 kg terung panjang belah 2, dan belah lagi jangan
sampai putus
1 cawan santan
3 sudu kerisik
3 sudu cili kisar
5 sudu serbuk kari ikan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu udang kering*
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
air asam jawa
garam & gula
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan bartanda (*) tumiskan hingga kekuningan..
bersama bunga lawang dan kayu manis
2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari.. tumiskan lagi
hingga naik minyak
3. Masukkan santan dan kerisik.. tambah air jika perlu
4. Masukkan air asam jawa.. garam.. dan gula secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan terung.. masak hingga lembut
6. Sedia untuk dihidang
No comments:
Post a Comment