Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
halia dikisar
7 biji kurma dibuang biji dan dipotong 2
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 batang serai diketuk
2 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan madu
air secukupnya
kunyit untuk menggoreng ayam
garam dan gula secukupnya
daun sup untuk hiasan
5 biji tomato kecil
1 batang cili besar dipotong serong
Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan, digaul kunyit dan garam. Goreng separa garing dan ketepikan
2. Tumiskan bahan kisar, serbuk cili dan serai
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau
4. Masukkan kurma, buah tomato, madu dan kacau
5. Tambahkan air jika perlu
6. Masukkan bawang besar dan cili potong
7. Masukkan ayam goreng dan garam
8. Sesuaikan rasa
9. Gaul smua bahan dan taburkan daun sup/bawang
10. Sedia dihidangkan dengan nasi panas dan sambal belacan
No comments:
Post a Comment