Wednesday, June 25, 2014

Ayam Panggang Bermadu


Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1/2 - 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
sedikit lada sulah
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan jus lemon
3 sudu makan madu (dibancuh sedikit dgn air)
sedikit garam @ gula jika perlu

Cara-cara :
1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah semalama atau sekurang2nya sejam
2. Kemudian tambah 2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak dan gaul2kan sebelum dibakar
3. Bakar selama 30 minit pd suhu 200C atau sehingga masak. (terbalikkan ayam 15 minit terakhir)


Udang Lemak Cili Padi


Bahan-bahan:
1/2 kg udang - lebih kurang
1 kotak santan + 2 cawan air
15 biji cili padi - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Campurkan santan,air,bahan kisar dan serai ke dalam periuk dan di masak
2. Gaul perlahan2 supaya santan tidak pecah minyak
3. Masukkan asam keping dan garam
4. Kacau sehingga sedikit menggelegak,kemudian masukkan udang
5. Siap, boleh dihidangkan

Resepi Kari Kepala Ikan (Tanpa Santan)



Bahan-bahan :
Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
sedikit halba campur
tomato (dibelah 4)
3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
garam dan sedikit gula
air asam jawa

Cara-cara :
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi
2. Masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak
3. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih
4. Masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula
5. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato
6. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan

Cadangan Lauk Pauk Berbuka & Bersahur.....2014

Alhamdulillah, Ramadhan akan berkunjung lg...semoga kita dapat harungi dgn sebaiknya...amin

Berikut adalah cadangn menu berbuka dan bersahur....

10. Ayam Tandori
11. Ikan Kembung Masak Tempoyak
12. Asam Pedas Ayam
13. Ayam Masak Merah Ketumbar
14. Rendang Ayam
15. Ayam Masak Kicap

Untuk resepi, boleh klik pada menu yee...

Friday, May 9, 2014

Ayam Masak Kurma


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (ikut suka)
4 ulas bawang merah dimayam
2 ulas bawang putih dimayam
2cm halia dimayam
rempah 4 serangkai
minyak utk menumis
1 paket kecil rempah kurma (dibancuh sedikit air)
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji tomato dipotong 4
1 labu bawang besar dipotong 4
1/2 lobak dipotong 4
2 biji cili besar dipotong 2
santan secukup rasa
sedikit garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 serangkai sehingga naik bau.
2. Masukkan pes rempah kurma, masak hingga wangi.
3. Masukkn ayam dan santan. Masak hingga ayam empuk
4. Masukkan kentang dan lobak. Masak hingga kntang dan lobak empuk.
5. Jika kering, masukkan air.
6. Hampir masak, masukkan cili besar dan tomato.
7. Sedia dihidangkan bersama nasi panas


SELAMAT MENCUBA!!!

Roti John

Bahan-bahan
1 paket roti (guna ikut keperluan) - aku guna 8, 4 en mantol bawa ke opis

Bahan-bahan inti
1 cawan sayur campur
5 biji telur
1/2 paket kecil rempah kari
sedikit serbuk cili / cili boh
1/2 paket daging cincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
sedikit garam
sedikit minyk utk menumis
sedikit daun sup 

Cara sediakan inti

1. Tumiskan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging cincang, masak hingga hampir kering.
3. Masukkan rempah kari, serbuk cili, garam dan sayur campur
4. Masak hinggan kering dan asingkan
5. Pukul telur, masukkan inti dan daun sup. Gaul hingga sebati.

Cara sediakan roti john
1. Sendukkan campuran inti ke dalam kuali anti lekat.
2. Ratakan agak2 sebesar roti hotdog
3. Letakkan roti atas inti yg dimasak td, biar seketika dan angkat
4. Letakkan sos cili dna mayonis sebelum dimakan


Yeey....siap...ni first time buat so kat opis terus watsapp en mantol how's the roti john and he said..."not bad, i already finish 2 1/3....hhahha kira sdp la tu kan....yeeey berjaya. Thanks to azie jepoon for the recepi....

Thursday, April 10, 2014

Buah Melaka_onde-onde_kekoh chaaa

Last time dah pernah buat onde-onde ni tp versi labu mcm ni http://cuba-rasa.blogspot.com/2013/04/onde-onde-buah-melaka-labu.html. Now onde-onde biasa, yg color hujau tuu

Bahan-bahan
1/2 paket tepung pulut (1/4 kg)
Gula melaka (nnisan)
Air
pewarna hijau
1/2 biji kelapa parut yg digaul dgn garam

Cara-cara

1. Ulikan tepung pulut, air dan pewarna hijau. Sukatan air bergantung kepada keadaan adunan. sekiranya agak keras or masih ad tepunynya...makna kna tambah air tp klo terlebih air tambahkan sedikit tepung.

Uli sehingga jd cm ni

2. Ketepikan, potong gula melaka kecil2.
3. Bulatkan adunan sebesar duit 20 sen, tekan ditengah dan letakkan gula melaka.
4. Tutup dan bentukkn bulat yg cantik.
5. Sementara itupnskan air 1/2 periuk.


6. Masukkn onde-onde yang telah siap. Sekiranya onde-onde itu timbul bermakna ia sudah masak


7. Gaulkan ke dalam kelapa.


8. Sedia untuk di makan.