Monday, March 7, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Monday, February 28, 2011
Thursday, February 24, 2011
Jemari Asmara 2nd GiveAway!!
Welcome Friends Giveaway!!!
The Story Of My Journey
Tarikh tutup :
28 Feb 2011
Hadiah:
Kedua: Kerongsang Kristal + Sabah Tea
Ketiga:Sompoton Keychain + Sabah Tea
Berminat? Jom klik ------>SINI atau klik banner kat atas pun boleh....:)
Sunday, February 13, 2011
Tom Yam Ketam
Bahan-bahan
1/2kg ketam
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih - dikisar
perencah tomyam
perencah pati ayam
2 batang serai
2 tangkai cili - dikisar
1 sudu teh sunquick
sayur ( kubis, bunga kubis, lobak merah, tomato dan putik jagung )
garam
Cara Buat
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dikisar
2. Masukkan perencah tomyan, pati ayam, sunquick dan serai. Tumis hingga wangi
3. Masukkan air, tunggu hingga mendidih
4.Masukkan ketam
5. Masukkan sayur
6. tambahkan garam jika perlu
Nasi Hujan Panas
Bahan-Bahan
2 cawan beras
2 gelas air
3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih - dikisar
2cm halia diketuk
bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga
pewarna merah, kuning dan hijau
2 helai daun pandan
Cara Buat
1. Tumiskan bawang dikisar, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
2. Masukkan susu pekat air, halia ketuk dan garam serta daun pandan
3. Tunggu sehingga mendidih, masukkan beras
4. Kering, masukkan pewarna hijau, kuning dan merah
* Terpaksa buat nasi hujan panas warna hijau n kuning je sbb warna merah x de...hehehe
Friday, February 11, 2011
Nasi Goreng Tom Yam
Bahan-bahan
3 ulas bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
3 cawan nasi putih
perencah tom yam
perencah pati ayam
sayur
ayam/telur
Cara Buat
1. Tumiskan bawang merah, putih, perencah tomyam, pati ayam
2. Masukkan ayam/telur n sayur
3. Masukkan nasi putih
4. Kacau hingga sebati n hidangkan
* Makan dengan keropok goreng
Thursday, February 10, 2011
Masak Lemak Kuning Ketam
Bahan-bahan
1/2kg ketam
1/2 kelapa diambil santan
5 batang cili
2.5cm kunyit
5 ulas bawang merah
2.5cm halia
2 ulas bawang putih
garam
gula
kunyit
Cara Buat
1. Bersihkan ketam
2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas
3. Masukkan santan dan bahan dikisar dlm periuk
4. Jerang diatas api perlahan sehingga mendidih
5. Masukkan ketam hingga masak
6. Tambahkan garam dan gula
Tuesday, February 1, 2011
Kerabu Taugeh
Bahan-bahan
1. Sebungkus taugeh
2. 3 ulas bawang merah dimayam
3. 1 tangkai cili merah dipotong nipis
4. 2 ekor ikan selayang
5. 1/2 biji kelapa parut
6. sekuntum bunga kantan dihiris
7. 3 tangkau daun kemangi dihiris
8. garam
9.gula
10. cuka
Cara buat
1. Kukus ikan dengan garam, asingkan dan kisar
2. Goreng ikan kisar, kelapa parut, gula dan garam hingga kekuningan
3. Celur taugeh dan toskan
4. Campurkan ikan dan kelapa yang telah digoreng td dengan hirisan bawang merah, lada, bunga kantan dan daun kemangi
5. Gaul hingga sebati
6. Tambahkan gula, garam dan cuka
7. Gaul hingga sebati
Monday, January 31, 2011
Pau Goreng
Bahan-bahan
1. 2 1/2 cawan tepung gandum
2. 3/4 sudu teh yis
3. 1/2 sudu teh baking powder
4. 1 sudu makan marjerin
5. 1/2 cawan air
6. 1 sudu makan susu pekat
Cara buat
1. Masukkan tepung gandum, yis, baking powder dan susu pekat ke dalam mangkuk adunan
2. Uli sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit
3. Masukkan marjerin, uli sehingga doh menjadi tidak melekat
4. Biar doh selama 10 minit
5. Bahagikan doh kepada saiz yang dikehendaki
6. Masukkan inti dan tutup kemas
7. Biarkan pau selama 45 minit
8. Goreng keemasan
Bubur Gandum
- 1 cawan gandum
- 2 cawan santan
- garam
- sedikit kapur makan
- air
Cara Buat
- Campurkan gandum dengan air, adun sehingga tidak telalu keras atau tidak terlalu lembik
- Panaskan santan bersama garam dan biarkan mendidih
- Masukkan adunan ke dalam santan menggunakan periuk kukusan untuk membentuk bubur
- Kacau tunggu hingga masak
Hidangan
Tambahkan gula apabila hendak makan
Pengat Pisang + Keledek
Saturday, January 29, 2011
Laksa Penang
LAKSA PENANG
Bahan-bahan:
1 kg ikan selayang
400 gm laksa - celur
1 inci belacan
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
100 gm cili kering
2 kuntum bunga kantan – hiris nipis
1 ikat daun kesum
secukupnya asam keping
3 biji telur – rebus dan belah 2
3 biji cili merah –hiris nipis
Garam
Gula
Cara-cara:
1. Rebuskan ikan. Ambil isinya dan kisar.
2. Kisar bawang putih, belacan, bawang merah, cili kering dan udang.
3. Masukkan ikan dan semua bahan yang dikisar kedalam periuk.
4. Tambah 2 mangkuk air. Tambah garam, gula, bunga kantan, asam keping dan daun kesum Masak selama lebih kurang 20 minit.
6. Letak sedikit laksa dalam mangkuk, cili, telur, hirisan nenas dan limau kasturi. Tuang kuah laksa secukupnya. Sedia untuk dimakan.
Nasi Lemak
Bahan-bahan ( 5-6 org )
Tumis Ikan Tongkol
- 1 ekor ikan tongkol yang besar - dipotong keping-keping besar.
- Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
- 3 ulas bawang putih
- 5-8 ulas bawang merah
- sedikit belacan (kalau ada)
- air asam jawa
- garam,gula sesedap rasa
Cara-cara
- Kepingan ikan tongkol yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan.
- Boleh digoreng jika mahu.
- Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
- Dlm kuali yg lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
- Masukkan belacan,air asam jawa,sos tomato, garam, gula.
- Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang.Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak.
1. 2 cawan beras + 2 gelas air (air + santan)
2. Garam
3. 1 Helai daun pandan
* Timun, kacang dan bilis goreng serta telur rebus sebagai tambahan
Nasi Minyak Terengganu
Bahan-bahan
BAHAN NASI
2 Cawan beras + 2 gelas air [ anggaran biasa saya masak ]
1 1/2 sd besar sos tomato
2 sd besar susu pekat
garam
1 helai daun pandan
2-3 titik perwarna - nak isi kat nasi
BAHAN TUMIS
1/2 labu bawang besar - potong bulat-bulat
cengkih,bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis
CARA MASAK NASI MINYAK
Tumiskan bawang besar, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, sos tomato dan susu pekat hingga wangi.Basuh beras dan toskan. Kemudian masukkan air kedalam tumisan, tunggu hingga mendidih. Masukkan daun pandan, secubit garam dan pewarna. Kemudian masukkan beras. Masak seperti biasa.
GULAI NASI MINYAK
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah nasi minyak
santan gula
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
cili kering dikisar
cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis
CARA-CARA MEMASAK
KEMUDIAN
Tumiskan bahan-bahan tumis.
Masukkan bahan tumis ke dalam daging yang dimasak tadi. Masukkan santan, gula dan garam. Biarkan mendidih.
Nasi Kerabu Terengganu
Bahan-bahan:
Nasi putih
[boleh juga buat nasi warna biru guna bunga warna purple, serai diketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].
Bahan untuk Sambal Ikan+kelapa :
3 ekor ikan selayang - dikukus dan ambil isinya
kelapa parut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kelapa parut, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula dan garam. Masak hingga kekuningan.
Bahan untuk tumis belacan :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.
Bahan untuk ulam :
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, tumis belacan dan budu untuk dimakan.
NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..