Saturday, January 29, 2011

Nasi Kerabu Terengganu


Bahan-bahan:


Nasi putih
[boleh juga buat nasi warna biru guna bunga warna purple, serai diketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].

Bahan untuk Sambal Ikan+kelapa :
3 ekor ikan selayang - dikukus dan ambil isinya
kelapa parut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kelapa parut, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula dan garam. Masak hingga kekuningan.

Bahan untuk tumis belacan :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu


Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, tumis belacan dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

No comments:

Post a Comment