Saturday, January 29, 2011

Nasi Lemak

Bahan-bahan ( 5-6 org )


Tumis Ikan Tongkol
  • 1 ekor ikan tongkol yang besar - dipotong keping-keping besar.
  • Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • sedikit belacan (kalau ada)
  • air asam jawa
  • garam,gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Kepingan ikan tongkol yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan.
  2. Boleh digoreng jika mahu.
  3. Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
  4. Dlm kuali yg lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  5. Masukkan belacan,air asam jawa,sos tomato, garam, gula.
  6. Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang.Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak.
Nasi Lemak

1. 2 cawan beras + 2 gelas air (air + santan)
2. Garam
3. 1 Helai daun pandan

* Timun, kacang dan bilis goreng serta telur rebus sebagai tambahan

No comments:

Post a Comment