Bahan-bahan
BAHAN NASI
2 Cawan beras + 2 gelas air [ anggaran biasa saya masak ]
1 1/2 sd besar sos tomato
2 sd besar susu pekat
garam
1 helai daun pandan
2-3 titik perwarna - nak isi kat nasi
BAHAN TUMIS
1/2 labu bawang besar - potong bulat-bulat
cengkih,bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis
CARA MASAK NASI MINYAK
Tumiskan bawang besar, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, sos tomato dan susu pekat hingga wangi.Basuh beras dan toskan. Kemudian masukkan air kedalam tumisan, tunggu hingga mendidih. Masukkan daun pandan, secubit garam dan pewarna. Kemudian masukkan beras. Masak seperti biasa.
GULAI NASI MINYAK
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah nasi minyak
santan gula
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
cili kering dikisar
cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis
CARA-CARA MEMASAK
KEMUDIAN
Tumiskan bahan-bahan tumis.
Masukkan bahan tumis ke dalam daging yang dimasak tadi. Masukkan santan, gula dan garam. Biarkan mendidih.
No comments:
Post a Comment