Monday, January 31, 2011

Pau Goreng


Bahan-bahan
1. 2 1/2 cawan tepung gandum
2. 3/4 sudu teh yis
3. 1/2 sudu teh baking powder
4. 1 sudu makan marjerin
5. 1/2 cawan air
6. 1 sudu makan susu pekat

Cara buat
1. Masukkan tepung gandum, yis, baking powder dan susu pekat ke dalam mangkuk adunan
2. Uli sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit
3. Masukkan marjerin, uli sehingga doh menjadi tidak melekat
4. Biar doh selama 10 minit
5. Bahagikan doh kepada saiz yang dikehendaki
6. Masukkan inti dan tutup kemas
7. Biarkan pau selama 45 minit
8. Goreng keemasan

Bubur Gandum

Bahan-Bahan
-
1 cawan gandum
-
2 cawan santan
- garam
- sedikit kapur makan
- air

Cara Buat
- Campurkan gandum dengan air, adun sehingga tidak telalu keras atau tidak terlalu lembik
- Panaskan santan bersama garam dan biarkan mendidih
- Masukkan adunan ke dalam santan menggunakan periuk kukusan untuk membentuk bubur
- Kacau tunggu hingga masak

Hidangan
Tambahkan gula apabila hendak makan

Pengat Pisang + Keledek


Bahan-bahan
- buah pisang (dipotong serong)
- ubi keledek (dipotong dadu besat)
- santan
- gula
- daun pandan

Cara buat
Masukkan santan, garam, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masak dengan api perlahan
Masukkan keledek dan pisang
Tunggu hingga masak

Saturday, January 29, 2011

Laksam Terengganu



Laksa Penang

LAKSA PENANG

Bahan-bahan:

1 kg ikan selayang

400 gm laksa - celur

1 inci belacan

10 biji bawang merah

4 biji bawang putih

100 gm cili kering

2 kuntum bunga kantan – hiris nipis

1 ikat daun kesum

secukupnya asam keping

3 biji telur – rebus dan belah 2

3 biji cili merah –hiris nipis

Garam

Gula


Cara-cara:

1. Rebuskan ikan. Ambil isinya dan kisar.

2. Kisar bawang putih, belacan, bawang merah, cili kering dan udang.

3. Masukkan ikan dan semua bahan yang dikisar kedalam periuk.

4. Tambah 2 mangkuk air. Tambah garam, gula, bunga kantan, asam keping dan daun kesum Masak selama lebih kurang 20 minit.

6. Letak sedikit laksa dalam mangkuk, cili, telur, hirisan nenas dan limau kasturi. Tuang kuah laksa secukupnya. Sedia untuk dimakan.

Nasi Lemak

Bahan-bahan ( 5-6 org )


Tumis Ikan Tongkol
  • 1 ekor ikan tongkol yang besar - dipotong keping-keping besar.
  • Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • sedikit belacan (kalau ada)
  • air asam jawa
  • garam,gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Kepingan ikan tongkol yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan.
  2. Boleh digoreng jika mahu.
  3. Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
  4. Dlm kuali yg lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  5. Masukkan belacan,air asam jawa,sos tomato, garam, gula.
  6. Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang.Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak.
Nasi Lemak

1. 2 cawan beras + 2 gelas air (air + santan)
2. Garam
3. 1 Helai daun pandan

* Timun, kacang dan bilis goreng serta telur rebus sebagai tambahan

Nasi Minyak Terengganu

Bahan-bahan

BAHAN NASI
2 Cawan beras + 2 gelas air [ anggaran biasa saya masak ]
1 1/2 sd besar sos tomato
2 sd besar susu pekat
garam
1 helai daun pandan
2-3 titik perwarna - nak isi kat nasi

BAHAN TUMIS
1/2 labu bawang besar - potong bulat-bulat
cengkih,bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis

CARA MASAK NASI MINYAK

Tumiskan bawang besar, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, sos tomato dan susu pekat hingga wangi.Basuh beras dan toskan. Kemudian masukkan air kedalam tumisan, tunggu hingga mendidih. Masukkan daun pandan, secubit garam dan pewarna. Kemudian masukkan beras. Masak seperti biasa.

GULAI NASI MINYAK

1/2 kilo ayam atau daging
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah nasi minyak
santan gula
garam
kerisik belacan asam jawa

BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS
3 ulas bawang merah dan
2 ulas bawang putih
cili kering dikisar
cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis


CARA-CARA MEMASAK

Daging di potong kecil-kecil, kemudian digaul dengan rempah bawang, halia, kerisik, belacan dan asam jawa. Kemudian panaskan dengan api perlahan hingga naik bau.

KEMUDIAN
Tumiskan bahan-bahan tumis.

Masukkan bahan tumis ke dalam daging yang dimasak tadi. Masukkan santan, gula dan garam. Biarkan mendidih.

Nasi Kerabu Terengganu


Bahan-bahan:


Nasi putih
[boleh juga buat nasi warna biru guna bunga warna purple, serai diketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].

Bahan untuk Sambal Ikan+kelapa :
3 ekor ikan selayang - dikukus dan ambil isinya
kelapa parut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kelapa parut, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula dan garam. Masak hingga kekuningan.

Bahan untuk tumis belacan :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu


Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, tumis belacan dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

Nasi Ayam


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Untuk rebus

  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk

Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair

Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.

Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.