Friday, May 9, 2014
Ayam Masak Kurma
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (ikut suka)
4 ulas bawang merah dimayam
2 ulas bawang putih dimayam
2cm halia dimayam
rempah 4 serangkai
minyak utk menumis
1 paket kecil rempah kurma (dibancuh sedikit air)
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji tomato dipotong 4
1 labu bawang besar dipotong 4
1/2 lobak dipotong 4
2 biji cili besar dipotong 2
santan secukup rasa
sedikit garam
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 serangkai sehingga naik bau.
2. Masukkan pes rempah kurma, masak hingga wangi.
3. Masukkn ayam dan santan. Masak hingga ayam empuk
4. Masukkan kentang dan lobak. Masak hingga kntang dan lobak empuk.
5. Jika kering, masukkan air.
6. Hampir masak, masukkan cili besar dan tomato.
7. Sedia dihidangkan bersama nasi panas
SELAMAT MENCUBA!!!
Roti John
Bahan-bahan
1 paket roti (guna ikut keperluan) - aku guna 8, 4 en mantol bawa ke opis
Bahan-bahan inti
1 cawan sayur campur
5 biji telur
1/2 paket kecil rempah kari
sedikit serbuk cili / cili boh
1/2 paket daging cincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
sedikit garam
sedikit minyk utk menumis
sedikit daun sup
Cara sediakan inti
1. Tumiskan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging cincang, masak hingga hampir kering.
3. Masukkan rempah kari, serbuk cili, garam dan sayur campur
4. Masak hinggan kering dan asingkan
5. Pukul telur, masukkan inti dan daun sup. Gaul hingga sebati.
Cara sediakan roti john
1. Sendukkan campuran inti ke dalam kuali anti lekat.
2. Ratakan agak2 sebesar roti hotdog
3. Letakkan roti atas inti yg dimasak td, biar seketika dan angkat
4. Letakkan sos cili dna mayonis sebelum dimakan
Yeey....siap...ni first time buat so kat opis terus watsapp en mantol how's the roti john and he said..."not bad, i already finish 2 1/3....hhahha kira sdp la tu kan....yeeey berjaya. Thanks to azie jepoon for the recepi....
Subscribe to:
Posts (Atom)